Tips
2 Comments Tips Makan Secara Sihat
1. Makan malam awal, sebaik-baiknya pukul 6-7 petang, paling lewat pun pukul 8. Pastikan makan secara perlahan-lahan, nikmati hidangan setiap suap, rasakan kenikmatannya. Setiap perut ada sensor kenyang, jika kita makan secara gelojoh atau tergesa-gesa, dikhuatiri kita makan lebih dari sepatutnya kerana sensor mengambil masa untuk menghantar signal kenyang ke otak.
2. Makan hingga puas ( bukan terlalu kenyang) di meja makan, ini kerana ramai orang yang makan sedikit di meja makan ( kononnya kurangkan makan) tapi mereka makan di depan tv, ketika membaca malah ketika berbual kerana makan malam yang tidak mencukupi.
3. Jangan makan selain dari di meja makan. Jangan jadikan aktiviti makan adalah satu acara yang sangat mudah. Sekurang- kurangnya anda perlu berusaha ke meja makan untuk makan, bukan ketika menonton, berjalan atau sambil membaca surat khabar.
4. Banyakkan minum air kosong. Kadangkala kita tersalah tafsir signal yang dihantar keotak kita, signal yang dihantar kadang kala adalah dahaga, bukan lapar. Ini kerana 60-70 peratus kandungan makanan adalah air, mengapa tidak kita mengambil air kosong yang tiada calory untuk memenuhi keperluan itu. Kaedahnya, jika jika terasa lapar, minum segelas air, tunggu 7 hingga 10 minit, jika masih terasa lapar, baru kita ke meja makan untuk makan.
5. Ambil makanan secara secukupnya sahaja, jangan makan lebih dari yang kita perlukan. Dari kecil kita diajar habiskan semua yang ada di dalam pinggan agar tidak membazir. Tiada salahnya ajaran ibu bapa kita itu, tapi pastikan amaun makanan yang kita letak di dalam pinggan itu tidak banyak, cukup-cukup untuk keperluan kita sahaja. Jika anda rasa sudah kenyang tetapi makan masih bersisa dalam pinggan, tinggalkan. Makanan lebihan itu tempatnya di dalam tong sampah, jika kita makan juga seolah-olah kita melayan perut kita seperti tong sampah.

[...] telah menulis tip-tip makan secara sihat sementara menunggu kereta diservis. Take a look maybe you get something from it :) [...]
Good tips! ikut amalan makan dalam Islam juga, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. :-)